Sunday, April 4, 2010

cavia porcellus




tikus belanda ni memang cute.. aku x taw sangat sal tikus nih...
dalam bahasa inggeris orang panggil guinea pig atau nama saintific nyer Cavia porcellus jugak di panggil Cavy. name manje la kononnyer... tapi orang latin panggil little pig.. hahaha.. nak tergelak aku..
walaupun name kat blkgnyer ade pig tapi die bukan golongan tuh.. tapi maybe juagjugak lah... pig tuh diwujudkan atas dasar binatang nih ade iras2 pig.. dari segi xde lehernyer dengan montok nyer.. dengan xde ekornyer.. haha.. nih mesti kkorang akan keliru kalo letak dekat2 ngan babi.. sebab nyer bunyi dua2 animal nih hampir sama.... testing2.. aku x nah dengar lagi bunyik babi cm ner.. tapi lau da mirip ngan suare merdu yang dilontarkan oleh guinea pig nih.. aku boleh bayangkan lah suare babi tuh camner. hahaha... comel kot.. tapi semua nih aku rase teori jer kot..tapi guinea nih berasal dari Guinea jer... aku pon 1st tuh terpikir gak cam korang pikir mesti ade kaitan dengan pig tuh... cos binatang nih kalo orang luar memang dorang makan.. aku pon pelik.. tapi no wonder la kan orang makan bende nih... hikhikhik..
fisrt aku tgok gambar cavy nih.. aku teringat kat badak air.. sebijjik kalo yang x berbulu tuh.. aku ade jugak pasaan nk bele binatang nih.. tapi besar sangat macam arnab... busOk.... hahahaha..

kalo kat bahagian western.. memang animal nih paling banyak lah orang bele...
dikenalkan sejak kurun ke 16 oleh European.. maybe jugak die popular sebab senang nak bele... dari segi makan, penjagaan mmg senang..

hurmm aku tak pernah bele binatang nih tapi aku rasa same jer bele nih ngan hamster.. jangka hayat binatang nih sekurang2nya 4 hingga 5 tahun tapi paling lama boleh hidup 8 tahun.. tapi pada tahun 2006 Guinness Book of Records ade catatkan sekor guinea pig nih boleh hidup sampai 14 tahun. huyOo giler lamer kan...
tapi ajal maut sume d tangan Tuhan... dari mana kita datang di situ jugaklah kita kembali.. hai la guinea pig... comey la..
yang nih jela serba sedikit yang aku tahu pasal guinea pig.. ade sape2 tahu tak.. sila lah kongsi dengan aku..

Friday, April 2, 2010

tiger itu rimau la..



ha.... hari nih aku nak cerita pasal harimau....
meh la sini lau nak taw sal harimau......

Harimau (Panthera tigris) merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis "kucing besar" dalam genus Panthera, dan anggota famili Felidae.Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan maging. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meter (11 kaki) dan berat 300 kilogram (660 paun).Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.

Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, terdapat dari kawasan taiga Siberia, ke padang rumput terbuka, ke paya bakau tropika, antara lainnya. Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering terjadinya konflik antara harimau dan manusia. Tiga daripada sembilan subspesies harimau moden sudah diisytiharkan pupus dan enam yang selebihnya digolongkan sebagai terancam. Punca-punca utama harimau terancam ialah kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan juga kegiatan memburu. Harimau yang pernah menduduki kawasan-kawasan seluas Mesopotamia dan Caucasus hingga Asia Selatan dan Timur, kini semakin berkurangan bilangannya. Walaupun semua spesies yang masih ada diberi perlindungan undang-undang, namun pemburuan, kemusnahan habitat dan kemurungan pembiakbakaan dalam tetap menjadi ancaman.

Walau apapun, harimau tetap menjadi salah sejenis megafauna berkarisma yang paling terkenal di dunia. Harimau banyak memainkan peranan penting dalam mitos dan budaya rakyat, di samping masih mendapat tempat dalam bidang perfileman dan kesusasteraan moden. Lukisan harimau sering dijumpai pada bendera dan jata negara, sebagai maskot sukan, dan haiwan kebangsaan sebilangan negara Asia, termasuk Malaysia.

Habitat...

Kawasan harimau biasanya mempunyai tiga ciri utama: Ia akan memiliki perlindungan bagus, terletak berhampiran air dan terdapat banyak mangsa. Harimau Benggala tinggal di semua jenis hutan, termasuk hutan basah, malar hijau, separa-malar hijau Assam dan timur Benggala; hutan bakau Delta Ganges; hutan daun luruh Nepal dan hutan duri Barat Ghats. Berbanding singa, harimau lebh menyukai tumbuh-tumbuhan tebal, kerana penyamarannya lebih sesuai, dan di mana pemangsa tunggal tidak kekurangan kelebihan berbanding kawanan. Antara kucing besar, cuma harimau dan jaguar yang pandai berenang; harimau sering ditemui mandi dalam kolam, tasik dan sungai. Berbeza dengan kucing lain, yang cenderung mengelak air, harimau mencarinya secara aktif. Semasa waktu panas hari, harimau sering dijumpai menyejukkan diri di dalam air. Harimau merupakan perenang baik dan dapat berenang sehingga 4 batu. Harimau juga sering didapati membawa mangsa yang dibunuhnya merentasi tasik.

hai la rimau......
to be continued....
nanti aku wat research lagi sal rimau..
aku suke binatang cam ni. lagi2 singa..
tapi syang aku x leh bele binatang nih sume.. aku nak sangat bele....

nih aku nak sambung ckit sal rimau nih....
fasal sifat fizikalnye...

Di China dan Jawa, telah dijumpai tinggalan seekor kucing seakan-akan harimau, iaitu Panthera palaeosinensis, yang pernah hidup sekitar 2 juta tahun dahulu, ketika bermulanya zaman Pleistosen, tetapi lebih kecil berbanding harimau zaman sekarang. Fosil-fosil harimau sebenar terawal yang dikenal pasti dijumpai di Jawa, berusia antara 1.6 hingga 1.8 juta tahun. Fosil-fosil yang berbeza dari zaman awal dan pertengahan Pleistosen juga ditemui dalam mendapan tanah dari China dan Sumatera. Satu subspesies bernama Harimau Trinil (Panthera tigris trinilensis) pernah hidup sekitar 1.2 juta tahun dahulu, dan fosil-fosilnya ditemui di Trinil, Jawa
Harimau mula menjejak kaki di India dan Asia Utara pada zaman akhir Pleistosen, mencapai Beringia (tetapi tidak benua Amerika), Jepun, dan Sakhalin. Fosil-fosil yang ditemui di Jepun menandakan harimau-harimau tempatan dahulu kala, seperti subspesies yang masih wujud di kepulauan tersebut, adalah lebih kecil berbanding harimau di tanah besar. Ini mungkin disebabkan oleh kaitan saiz badan dengan ruang persekitarannya, ataupun kurangnya bekalan mangsa. Sehingga zaman Holosen, harimau juga berhabitat di Borneo dan juga pulau Palawan di Filipina




Harimau Siberia.
Harimau merupakan spesies kucing liar yang paling terkenal (selain singa). Harimau biasanya berbulu kemerahan atau perang berkarat, bulu dadanya berwarna keputihan, "berjambul" putih melilit mukanya, dan belang-belang yang berwarna perang, kelabu atau hitam. Setiap subspesies harimau memiliki bentuk dan kepadatan belang yang berlainan dari subspesies yang lain (di samping juga corak warna bulunya; misalnya, harimau Siberia berwarna lebih pudar berbanding subspesies yang lain). Kebanyakan harimau memiliki lebih 100 batang belang. Setiap harimau memiliki corak belang yang unik kepadanya, oleh itu mungkin ada gunanya untuk mengenal pasti harimau individu, seperti mana cap jari digunakan untuk mengenal pasti orang. Walaupun begitu, ini bukan cara yang biasa digunakan kerana sukarnya merakam corak belang seekor harimau liar. Mungkin sekali belang berfungsi sebagai alat penyamaran untuk membantu harimau menyorokkan diri dalam bayang bertelau-telau dan rumput panjang di persekitarannya, sambil menghendap mangsanya. Apabila bulu harimau dicukur, corak belang yang sama dengan bulunya juga kelihatan. Seperti spesies kucing besar yang lain, terdapat bintik putih di belakang kedua-dua belah telinga harimau.

PENCINTA


manusia nih hanya menghargai bile seseorang atau sesuatu bile bende atau orang tuh pergi buat selamanya......
macam nih la manusia......
apabila aku pergi aku mungkin akan dikenang...
apabila mentari muncul lgi, apabila ayam masih berkokok... adakah pasti aku di sini lagi????
penghargaan bagi diriku adalah something yang bermakna... bagi aku tu adalah anugerah Tuhan yang semula jadi... setiap penghargaan yang diberikan akan dikenang dan di balas.
hanya satu yang termaktub dalam jiwa aku.... kau adalah kau.. aku adalah aku... kita manusia yang hanya hidup sementara di muka bumi Tuhan yang indah ini.
apabila aku di anugerahi orang yang aku sayangi dan menyanyangi, aku patut berterima kasih dan melafazkan kata syukor ke hadrat Ilahi...
aku menghargainya sepeti nyawaku sendiri.... oh tidak..... mengapa di saat ini aku perlukannya.. die pergi berlalu tanpa kata.. tanpa seucap salam...
aku pergi ke alam yang belum pernah aku sampai....
khayalan yang tertinggi mencapai kau di puncak yang belum pasti aku capai..
kau yang berada di puncak yang tertinggi penoh duri sembilu.....
ah aku tewas... namun ku gagahi jua.. dengan semangat juang yang tinggi aku teruskan jua... namun kau tersungkur kembali.... TIDAK!!! semangat luntur dipertengahan.... aku buntu... adakah jalan lain yang mampu aku lalui.... adakah aku ini insan lemah??
x mungkin.... aku meneruskan jua pendakian itu.. tangan ku menggapai mencari cinta yang hakiki.. aku tersadung kesakitan... adakah ini takdirMu Ya ALLAH??
oh SAKIT!! x terperi bile kau menjanjikan yang terbaik hanya untukku..namun kau mungkiri jua..MANUSIA seperti aku tak pantas menjejaki cinta darimu wahai pencinta..
aku kaget....... aku tersiksa... jiwaku meronta.... alangkah indahnya hidup ini andai dapat ku gapai bintang beribu di langit tok dirimu yang aku sayangi...

tunjuk hebat


Al-kisah...ada la satu kampung ni. Nama kampung ni Kampung Ujung Laut. Kat kampung ni penduduknya hidup aman dan bahagia. Dalam kampung ni jugak ada sorang lelaki yang tak kawin-kawin lagi. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni jenis yang 'slow' sket. So, ramai la yang pandang serong kat dia. Ramai la yang suka mengusik dia sehinggalah satu hari nak dijadikan ceritanya....

Ali ni pegi masjid nak semayang Jumaat. Ha..dalam slow-slow dia tu pun, semayang dia tak pernah tinggal. Lepas habih semayang Jumaat, Ali ni pun nak balik la. Masa dia nak turun pakai selipar dia tu, tetiba dia tengok selipar jepun kesayangan dia tu dah takder. Puas dia cari pun takder jugak. Ape lagi...mengamuk la Ali kat masjid tu.

Tanpa segan silu, dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata, " kepada sesapa yang mencurik selipar aku, baik korang pulangkan cepat !!!! "

Sumer orang yang mendengar tetiba jer jadik takut. Ye la...mana tau..dalam slow-slow Ali ni..kang tak pasal-pasal jer jadik incredible hulk lak. Ali tetap tak puas hati. Dia ulang lagi sekali apa yang dia cakap tadi. " Kepada sesapa yang curik selipar aku tu, pulangkan cepat !!! Kalo tak..aku akan buat macammana yang bapak aku buat tau !!!"

Pelan-pelan, orang yang mencurik selipar Ali tu pun..pulangkan balik la selipar dia tu. " Rilek la bang. Gurau jek". Kata si pencuri itu.

Tapi Ali tetap memandangnya dengan muka yang cukup serius. Macam nak telan orang. Si pencuri tu tersengih lalu terus memblahkan dirinya cepat-cepat. Takut la tu. Kang kena pelangkung lak. Tok imam yang ada kat situ menegur Ali. " Kalo budak tu tak pulangkan selipar engko, engko nak buat apa? Apa yang bapak engko lakukan?"

Dengan suara dan wajah yang slumber ala-ala lagu kumpulan OAG tu...Ali pun menjawab, " Aku balik kaki ayam je la tok. Nak buat macam mana lagi." Dia pun terus blah dari situ meninggalkan Tok imam yang kelopongan itu.

pengemis tua hebat!


Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang
pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama
ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di
Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti
Sains Malaysia di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik
ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya
masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....

*Hampehhhhhh..!!!!*

shelipar jepunnya hilang...


Maka tersebut lah kisah seorang Tok Batin nie yang banyak membantu
Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan dikalangan masyarakat orang-orang asli di Malaysia semasa promosi Tahun Melawat Malaysia pada Sukan Komanwel satu masa lalu.
Maka Tok Batin nie dapat ler anugerah serta wang tunai RM500. Maka
dipendekkan cerita, suatu hari Tok Batin nie yang tak pernah keluar dari kampung lamannya sejak kecil lagi ingin pergi ke pekan berjalan-jalan dengan berbelanja disebabkan dapat duit RM500 tu la....... Maka pada suatu pagi bersiap-siap ler Tok Batin nie dengan kemasnya... lalu diambilnya selipar jepunnya yang disimpan dalam almari tu sejak dulu lagi (memang tak pernah pakai.... biasa berkaki ayam je..)

Lalu berjalan ler Tok batin keluar dari hutan bila sampai je kat
hentian bas..... Tok Batin cuba kontrol macho.... lalu bertanya pada
seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ, "Bas perghi pekan dah

syampai.....?" Konon-konon macam dah biasa ler naik bas tu....

"Sekejap lagi sampai ler tu.....", sahut pemuda tu selamba.

Apabila bas sampai Tok Batin menyuruh semua orang naik dulu,sebab dia kelam kabut sikit... maklum ler first time naik bas. Last sekali dia
naik terus duduk depan kat sebelah konduktor.

"Tok Batin nak gi maner....?", mat konduktor sure kenal tu mesti org
asli dari cara dia berpakaian.

" Aaaa..... nak perghi pekan ler.... nak tenghok citer Hindustan..",
jawabTok selamba.... lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak

lagi disebabkan rasa ngeri naik bas dah ler first time, laju pulak tu.

Apabila sampai aje di pekan... konduktor memberi tahu penumpang, "OK dah sampai turun pelan-pelan.....!"

Maka Tok Batin yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju...
terus bangun.. dan tetiba je kat tangga bas tu dia tak jadi turun
mukanya cemas... Bila konduktor tu nampak Tok Batin tak turun-turun lalu

dia bertanya, "Hah. Tok.... apasal pulak tu........?"

Dengan nada marah Tok Batin tu jawab, "Mana shelipar aku..... tadi aku naik aku taruk kat bawah tangga nie....... sapha kebassshh sheliparr
aku.........!!"

menyunat lalat


Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir.
Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia.

Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor
lalat dengan menggunakan sebilah pedang.

Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol
menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya.

Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.

Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.

Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan".

kambing hitam kambing putih


Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

siapa yang pelupa???


Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala
hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara
fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan
diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala
perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...
Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : "Mahu kemana?"

Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "OK .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"

Atuk : "Beres .. !!"

Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan
lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberry
dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek
sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata..abang akan lupa
pesananku... sepatutnya ditulis dulu"

Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"

Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."